alhamdulillah dijemput untuk satu food review yang di adakan di Flora Cafe Ampwalk
1st time jejakkan kaki ke sini sebenarnya..untuk ke sini sangatlah mudah yer korang..
berdekatan dengan Ampang Park..nak parking pun senang jer..tak perlu susah hati soal tu
untuk yang mencari buffet ramadhan dengan harga bawah RM50..inilah tempatnya..
saat mula melangkah ke Flora Cafe, wahhh cantiknyer deco cafe ni..ala wonderland..
sana bunga..sini bunga..warna pastel menggamit perasaan romantik tu..ewahhh..
kalau nak buat birthday party ke..anniversary ke..baby shower ke..sini sesuai sangat
tapi kali ni kita cerita mengenai buffet ramadhan yang disajikan oleh Flora Cafe dulu ok..
untuk mereka yang tertanya tanya..buffet ramadhan ni bermula dari 7 malam - 10 malam
untuk dewasa..bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM45++..tak mahal sangat..
manakala untuk kanak kanak yang berumur 6 - 12 tahun, bayarannya adalah RM20++
pihak Flora Cafe akan menyediakan air zam zam dan kurma untuk setiap meja di situ..
buffet ramadhan ni bermula dari 10 Julai - 5 Ogos 2013..haaa masih ada masa lagi kan..
jom kita pusing pusing untuk tengok menu yang di sajikan..setiap hari berbeza menu yer
ok kita mulakan dengan air..aku suka air hijau tu..namanyer Jimi Asmara hahaha kerlazz..
campuran pisang dan sunquick oren rasanyer..sedap..rasa tak pelik pun..ingatkan kiwi..
ni lauk pauk yang disajikan di buffet ramadhan Flora Cafe..antara yang menarik perhatian
mestilah Kari Kepala Ikan..Sambal Udang..Sayur Campur yang segar..Ayam Berempah..
dan nasi yang dicuba hari tu adalah Nasi Beringin..sedap! ada bau macam pandan sikit..
haruslah cuba..bukan selalu dapat makan Nasi Beringin ni..sedap dimakan macam tu je
disediakan juga ulam ulaman untuk kita pilih..ada Mee..ada Spaggeti..ada Kuih muih..
rojak buah tak kan dilupa..aku suka kuah rojak buah ni..sedang elok jer rasanyer..
dan yang paling best ari tu, di bahagian kuih muih..terpandang Sawa Pulut Durian..
haiyohhh..ai dah lah hantu durian..ingat nak kongsi dengan encit papa..tapi tak cukup!
anak anak haruslah terjah ke Chocolate Fountain kan..sebelah Chocolate Fountain ni
ada ABC..encit papa apa lagi..amik semangkuk dan campurkan dengan kuah durian..
yummy..yummy..dah jadi ABCD pulak miahaha..kat luar biasa topping jagung jer..
yummy..yummy..dah jadi ABCD pulak miahaha..kat luar biasa topping jagung jer..
sesoka hati ai letak kuah durian tu sebagai penyedap mulut..gabungan yang menarik!
surau juga disediakan oleh pihak Flora Cafe..cantik oii surau dia..esklusif sangat..
siap berchandelier dan bercarpet tebal..kerlazzz sangat..selesa untuk tetamu yang datang
boleh solat dalam keadaan bersih dah sejuk huhu..berkenan betul tengok deco nya..
tak dinafikan tarikan Flora Cafe ni adalah dekorasinya yang mewah dan anggun..
antara para bloggers yang menghadirkan diri pada majlis Food Review Flora Cafe
yang bloggernya majority adalah perempuan dan para para isteri yang sporting..
tapi kami tak sangka para suami yang join hari tu semuanya satu kepala dan happening
memang meriah suasana Flora Cafe hari tu..dah macam sambutan hari raya pun hadoo..
kiri: boni kacak, faizal fredley, nory, eida, yaya, mell, dayah, umi qi, amy, mila
one and only yang sarat mengandung tu huahuahua..Pinky Momma laaahhh..amboi!
kemain mak yong berjalan sana sini kan...macam tak risau jer nak beranak..uhuks..
hey mengandung kena happy happy ok..baru hidup ko ceria walau ada masalah..gituu..
untuk korang yang nak rasa pengalaman yang sama seperti kami..boleh lah berkunjung
di Lot G.02-G.05, Ground Floor, The Ampwalk, 218 Jalan Ampang, Kuala Lumpur..
untuk tempahan..sila lah hubungi Manager Flora Cafe yang peramah sangat ni..
Mell di talian 03-2161 8010 atau 017-302 4112
klik FB: Flora Cafe Ampwalk

untuk harga RM45+ padanlah dengan hidangan yang disajikan..selamat mencuba..
