First entry hari tu aku dah share apa yang kami belajar dalam Sesi Mama2Penyayang Bersama Dugro kan. Lepas jer Chef jemputan tunjukkan cara cara nak sediakan antara beberapa hidangan kreatif yang mudah untuk anak anak, terus kami pun diberi peluang untuk praktikal sekali..Dan taraaa gambar di bawah ni lah hasil daripada menu yang dimasak oleh kumpulan kami..
Lepas ni mama dah tahu macam mana nak tackle anak anak yang tak suka makan sayur sangat tu. Penat dah paksa kan. Salah rupanya. Sekarang ni tak payah paksa. Kita bagi menu sedap sedap yang mampu menarik minat diaorang untuk makan dengan rela hati. Yang penting kena banyak warna warni dan sedapppp.
Selain cheese dan susu tu, diaorang pun jenis cepat tertarik dengan menu hidangan yang lain dari yang lain. Luar dari kebiasaan. Contohnya macam menu Bubur Ayam Riang Ria. Bubur ni korang boleh letak ikan juga. Macam anak anak suka ayam, so aku buat guna lah ayam sebagai bahannya..
Macam mana? Ok jom aku kongsikan dekat bawah ni ok..
Cara Penyediaan Bubur Ayam Riang Ria:
- Masak beras dalam kuantiti air yang lebih daripada biasa.
- Masukkan stok ayam sebagai perasa
- Letakkan lobak merah ke dalam bubur yang semakin lembut
- Masukkan juga ayam atau ikan yang telah dipotong secara kecil.
- Bila ayam dan bubur dah masak, tuangkan 1 cawan susu tepung Dugro
- Masukkan broccoli
- Tunggu sehingga 1 ke 2 minit. Kacau sekata dan tutup api
- Sedia untuk dimakan
Untuk hidangan ni kan, korang boleh jer hidangkan bersama dengan ikan bilis ataupun telur dadar sebagai topping. Lebih sedap tau. Bubur tu korang akan buat anak anak korang kenyang dan dalam masa yang sama sedap sangat untuk dimakan.
So mommies, sekarang dah tak de alasan untuk korang pening kepala nak bagi anak makan sayur kan. Kita jer kena kreatif sikit. Yang penting segala khasiat yang anak perlukan ada dalam satu hidangan. Baru lah cukup untuk tumbersaran diaorang kan?
Jangan lupa dapatkan hadiah 2-in-1 Playmat + Storage Bag sekarang dengan hanya pembelian 2 pek susu Dumex Dugro 900 gram pelbagai perisa sekarang. Selagi stok masih ada tau. Boleh refer gambar bawa ni ok mommies. Go and grab yours nowwww ;)
