Quantcast
Channel: Pinky Momma
Viewing all articles
Browse latest Browse all 883

Sebab Kenapa Korang Kena Cuba Street Churros

$
0
0
Hari sabtu lepas kak fink berkesempatan menjejakkan kaki ke cawangan ke 6 Street Churros iaitu di Empire Shopping Gallery yang terletak di Subang. Ni pengalaman pertama kak fink rasa Street Churros. Sebelum ni tengok orang lain rasa jer. Tak boleh jadi ni, teringin juga nak rasa kan? Tengok dekat gambar macam sedap jer..

Terus bawa kembar rasa sekali..Satu je kak fink nak cakap, memang sedapppp! Terutama kalau korang beli tu, korang terus makan. Lembut, rangup dan sedap! Ketiga tiga rasa tu korang boleh dapat dalam satu churros. Pilih jer churros mana yang menjadi pilihan. Pasti korang tak kan menyesal sebab kak fink dah rasa semua hahahaha..Rasa nak repeat lagi ok..

Filling Churros [Chocolate, Cream Cheese & Custard] - RM7.90

Yang menariknya bukan hanya churros biasa jer atau nama menu nya Street Churros yang korang boleh rasa tapi ada juga Filling Churros, Stick Churros, Churros Fries dan Ice Cream Churros. Yer kak fink rasa semuaaaa..Serius semua sedap! Kalau ditanya Filling Churros macam gambar di atas ni, kak fink akan pilih yang Custard. Anak anak semestinya suka Chocolate..Filling Churros paling kak fink suka!

Street Churros [Cinnamon, Chocolate & Cheese] - RM5.90

Unik sangat kan bentuk Street Churros ni? Kalau korang nak tahu, bentuk tu ada istilah sebaliknya yang bermaksud Good Luck. So dengan harapan siapa sahaja yang memegang dan memakan Street Churros ni akan sentiasa berjaya gitu..Memang lain dari yang lain. Tak sama seperti Churros lain yang ada di pasaran kan?

Stick Churros [Chocolate, Cinnamon & Cheese] - RM9.90

Untuk Stick Churros ni ada 3 perisa sama macam Street Churros juga tapi yang ni dia bentuk churros dia lain dan diletakkan dalam 1 cawan macam gambar di atas ni. Korang boleh pilih 2 perasa ke atas untuk Stick Churros ni..Pada mereka yang teringin nak rasa ketiga tiga perasa tu, boleh lah cuba yang ni..Dapat rasa semua yer tak? Bila dah tahu yang mana yang korang suka, next time boleh beli Street Churros tu pula..

Ice Cream Churros [Choco Choco, Choco Berry & Mango] RM7.90

Ni pun antara tarikan yang ada di Street Churros. Ice Cream Churros dia sedap..Kak fink suka berry dan mango tu. Memang sesuai sangat churros tu korang makan dengan ice cream tau..Ice cream dia tu sedap. For me tak manis sangat. Kena dengan tekak kak fink sebab aku ada masalah nak habiskan kalau ice cream tu terlampau manis huhu..

Coffee: Caramel Macchiato & Spanish Latte
Iced - RM9.90 / Hot - RM8.90

Untuk yang minat coffee, jangan risau. Dekat Steet Churros ni ada juga ya. Green Tea pun ada juga kalau korang tak suka kopi. Untuk kopi mereka sediakan Caremel Macchiato & Spanish Latte. Kalau tanya pendapat aku, aku suka latte. Caramel macam manis sikit untuk tekak aku. Yang ni korang kena rasa sendiri kot. Baru boleh tahu yang mana lebih menepati citarasa tekak korang..

Non Coffee: Chocolate, Green Tea, Milk Tea 
Iced: RM8.90
Hot: RM7.90

Street Churros pun ada minuman untuk mereka yang tak boleh minum kopi, ada juga minuman sejuk dan panas seperti Chocolate, Green Tea dan juga Milk Tea..Haaa pilihan di tangan korang..Anak anak suka yang Iced Chocolate tu..Yer la budak budak kan, nampak coklat jer terus suka..Churros pun dia pilih yang coklat juga hahahaha..Mama pilih Green Tea!


Untuk pengetahuan korang, Streeet Churros ni bermula dari Korea Selatan. Korang boleh makan macam tu ataupun cicah dengan Dipping Sauce seperti Butterscotch, Chocolate, Cream Cheese dan juga Blueberry. Makan panas panas memang sedapppp! Best selller semestinya Cinnamon Churros..Rangup di luar, lembut di dalam..

Maklumlah misi Street Churros, ingin menaikkan taraf Street Food dengan kualiti bahan dan kesegaran pada tahap 5 bintang..Walaupun korang makan street food tapi rasa tu sama macam rasa korang makan di restoran mewah..Sebab tu kak fink suruh korang rasa sendiri..Lagipun dah banyak dah cawangan Street Churros ni..


Kalau nak jimat lagi boleh pilih Set Menu ok..Meh kak fink kongsikan di bawah ni:
Set A: Street Churros + Latte = RM11.90
Set B: Filling Churros + Latte = RM13.90
Set C: Stick Churros + Latte = RM15.90


Korang boleh dapatkan Street Churros ni di cawangan cawangan yang ada di One Utama Mall, IOI City Mall Putrajaya, Sky Avenue Genting, Berjaya Times Square, My TOWN Cheras dan Empire Shopping Gallery seperti yang kak fink pergi ni..Dengar kata cawangan di Sky Avenue tu besar..Sejuk sejuk makan Street Churros mesti sedap kan..

Berita baik untuk pembaca blog dan followers instagram kak fink, korang boleh follow instagram kak fink sekarang sebab kak fink nak bagi korang discount vouchers sebanyak 10 keping. Akan ada 10 pemenang yang akan kak fink pilih nanti secara rawak..Cepat cepat follow instagram @diya.nadia ok..Stay tune ok!

Instagram: @streetchurrosmy

selamat mencuba! mesti nak repeat lagi bila dah cuba nanti hahaha..sedapp oo!




Viewing all articles
Browse latest Browse all 883