Quantcast
Channel: Pinky Momma
Viewing all articles
Browse latest Browse all 883

Tangled The Series Astro Disney 615: Menangi Ubah Suai Bilik Secara Percuma

$
0
0
Hari tu kak fink berkesempatan bawa hulubalang ke Sunway Pyramid Mall untuk sama sama berjumpa dengan Rapunzel yang cantik manis ni..Seperti mana yang korang tahu, Rapunzel merupakan seorang gadis yang berambut panjang melalui cerita terbitan Disney kan. Hari tu kami berkesempatan dalam satu acara Meet & Greet Rapunzel secara in person..Yayy dapat bergambar sama sama..



Untuk korang yang teringin nak bawa anak sempena cuti sekolah ni, masih ada masa lagi. Sehingga 12 Jun 2017 bertempat di Blue Atrium Sunway Pyramid Mall, LG Floor. Ada beberapa aktiviti yang disediakan di sana untuk anak anak korang..Sambil sambil shopping raya tu, boleh lah singgah sekejap kan..Banyak background menarik untuk korang bergambar di sana..


Korang juga berpeluang memenangi hadiah melalui Disney Channel Tangled Quest. Macam mana? Haa senang jer. Cuma perlu muat naik gambar dengan favourite character yang ada seperti Rapunzel, Eugene, Maximus dan Pascal. Muat naik di website www.tangledquest.com dan jawab soalan yang diberikan..Peraduan bermula 21 Mei hingga 30 Jun 2017 ni..


3 pemenang bertuah akan memenangi hadiah berupa The Series Bedroom Makeovers..Huwaaaa bestnyaaaaa! Yang tak dapat memenangi hadiah utama jangan risau sebab akan ada 50 pemenang hadiah saguhati yang akan membawa pulang hadiah berupa barangan The Series Goodie Bag..Jadi tunggu apa lagi korang, ambil gambar dan muat naik cepat ok..Masih ada masa lagi untuk sertainya..


Hari tu juga kak fink dan anak anak berpeluang menyaksikan cerita Tangled: The Series yang ditayangkan di Astro Disney saluran 615. Cerita ni dah ditayangkan setiap hari Ahad pada jam 11.30 pagi. Untuk pengetahuan semua, siri ini adalah gabungan di antara filem hebat, “Tangled” yang dihasilkan oleh Studio Animasi Walt Disney pada 2010 dan filem pendek, “Tangled Ever After”. Siri ini menyaksikan Mandy Moore dan Zachary Levi kembali memegang watak mereka sebagai Rapunzel dan Eugene.


Siri ini mengisahkan tentang pengembaraan Rapunzel apabila dia mula mengenali dengan lebih dekat ibu bapanya, kerajaannya, dan rakyat Coronora. Sifat tidak mudah putus asa dan sentiasa ingin mempelajari benda baru membuatkan dia menyedari yang masih banyak perlu dia terokai dalam dunia ini sebelum boleh menggalas tanggungjawabnya sebagai Puteri Coronora.


Kecekalan, keyakinan, sikap positif dan kreativiti Rapunzel menjadikan beliau contoh terbaik untuk para penonton cilik yang juga sedang belajar untuk menggalas tanggungjawab seperti Rapunzel. Ahad ni jangan lupa tukar remote korang untuk tengok sendiri cerita Tangled: The Series ni ya..Pastinya ada adengan menyentuh hati dan penuh gelak ketawa. Cerita ini menekankan tentang pentingnya untuk membina dan mengekalkan hubungan sesama manusia, di samping mengenali kekuatan diri dan sifat-sifat positif dalam diri kita


Hari tu kami dapat menyaksikan tayangan daripada cerita Tangled: The Series bersama sama dengan bloggers dan media yang hadir selepas waktu berbuka puasa..Terima kasih PR untuk hidangan yang sedap dari Madam Kwan ni..Anak anak happy dapat berbuka sambil tengok Tangled: The Series..


Satu tayangan di pasang di bahagian depan dan satu lagi di bahagian belakang untuk tontonan anak anak pada hari tersebut..Disamping tayangan dan makanan yang sedap sedap, anak anak juga diberikan beberapa soalan berkenaan dengan Tangled: The Series. Mereka yang berjaya menjawab akan diberikan hadiah berupa mainan daripada Tangled: The Series..



Sebelum pulang, semua anak anak diberikan hadiah setiap seorang dengan goodie bag daripada Tangled: The Series. Anak kita empat wak maka nya empat lah dapat ahahahahah..Kemain banyak haaa nak bawa balik. Dalam tu ada make up bag dan buku..Banyak betul mama dapat ahahahaha..Semua bagi dekat mama make up bag tu..Buku je diaorang guna hikhik..


Saksikan Tangled: The Series
Astro Disney saluran 615
Waktu siaran: Ahad 11.30 pagi

Instagram: @disneymalaysia
jangan lupa sertai peraduan yang kak fink kongsikan di atas tu ya..
mana tahu dapat ubah suai bilik secara percuma!




Viewing all articles
Browse latest Browse all 883