Quantcast
Channel: Pinky Momma
Viewing all articles
Browse latest Browse all 883

Kehamilan Kembar: serah diri ke Hospital Ampang

$
0
0

sejujur hati..tak de saper pun suka pergi hospital hakhakhak..sama ler kiter..tak suka!
tapi apakan daya..kena pergi untuk tahu cerita sebenar ececeh..macam seram jer kann..
al-kisah bermula bila ada seorang customer yang boleh dikatakan regular customer..
datang ke dobi pink kami dan tanya..dah berapa bulan ni dik? besar nyer perut!

bahaha..ok redha sebab dah biasa tang perut besar itu..dulu ngandung pun sama..
tak ngandung pun macam sama jer..hakhakhak gelak dalam sendu..ouchh..
tak pe, perubahan bentuk fizikal terutama di perut itu bukti gumbira..hado?
jadi bila orang cakap perut ko besar..jangan sentap..senyum lebar please..positip ;p

lepas berborak dalam 10 minit tanya itu dan ini..oh yer kakak tu doktor di sana..
dia cakap..awak nak akak tolong? aku? giler tak nak? sudah start senyum dalam hati..
kalau awak nak akak tolong, akak boleh tolong referkan pada kawan akak kat sana..
dia pakar O&G di Ampang..aku dengar pakar..takut terus sebab tak termampu nanti


tapi bila dia cakap, jangan risau..dia pakar tapi awak tak perlu bayar tinggi..
lagipun dia doktor perempuan..awak nak? aduh terharunyer hati ni bila mendengar
dia beriya iya nak refer aku ke sana..sebabnyer bila dia tahu kandungan ni kembar
atau lebih senang nak faham..bila kembar ni, kena pantau lebih details..risiko sikit..

 
katanyer biarlah di bawah pemantauan doktor pakar..lagipun doktor ni perempuan
awak akan lebih selesa..tak de lah rasa malu malu nanti..hehehe..macam tau tau jer..
itu yang aku impikan sangat..serius..alhamdulillah..bisikan hati aku Allah dengar..
bila ada adengan yang kurang sopan..bolehlah aku tarik nafas lega sebab sesama wanita

selepas minta details serba sikit...tup tup surat refer dari kakak ni sampai ke tanganku
alhamdulillah..hari ni, aku akan ke sana membawa cik kembar di dalam perut
berbaju pink ari ni iols ke sana bersama suami yang sentiasa di sisi untuk jumpa Dr.Liza
Ya Allah..permudahkan proses kehamilan hingga saat ku melahirkan anak anak ini


menurut kak hazila, dia cakap Dr.Liza sebenarnya nak jumpa aku awal lagi..
tapi aku cuma free hari rabu hukhukhuk..almaklum rabu kan tutup kedai..
tak pe..tak pe..seawal pagi akan ku jejak hospital ampang itu..jangan risau kak!
dalam hati teruja campur takut takut..boleh? dengar hospital pun aku dah seremmss

aku bersyukur sangat dipertemukan Allah dengan mereka yang baik baik ni
aku yakin..bila kita dah set mind untuk bersangka baik dengan orang lain..
apa yang kita fikir tu akan jadi doa buat kita..hidup pun akan tenang..insyaAllah..
hidup terlalu singkat untuk nak menerakakan atau mensyurgakan orang kannnn..

Dr. Hazila..moga Allah balas kebaikan akak pada saya dan anak anak ini..
mana pulak tisu ni..tssk..tsskk..




Viewing all articles
Browse latest Browse all 883