Quantcast
Channel: Pinky Momma
Viewing all articles
Browse latest Browse all 883

9 Kedondong: Buffet Ramadhan yang mampu poket RM55.00 untuk Dewasa dan RM28.00 untuk Kanak Kanak

$
0
0
Hari tu kak fink berkesempatan berbuka puasa di 9 Kedondong.. First time sampai sini sebenarnya..Tak sangka di sebalik banglo banglo tu ada tempat makan yang sedap..Kalau tengok sekali imbas dari luar nampak macam banglo biasa jer tapi nasib baik kak fink perasan ada khemah khemah putih yang cantik sedia menanti kedatangan korang di sini..


Masa mula mula masuk sini rasa..Wahhh macam kenduri kahwin dalam taman gitu..Putih bersih jer tempat ni..Korang dah pernah pegi belum..Kalau belum jemput lah ke 9 Kedondong..Buffet ramadhan yang disajikan di sini pun tak mahal..Boleh lah nanti bawa family atau kawan kawan berbuka di sini kan..Ada 9 Stalls yang di sediakan untuk korang pilih..


Tu haaaa kiteorang punya meja betul betul dekat jer dengan kambing bakar ni..Besarrrrr betul kambing dia..Favourite spot semua orang rasanya kan kalau nampak kambing ni..Ida cakap sos dia sedap..Ada 2 sos iaitu sos blackpapper dan sos cendawan..Datang awal tau kalau tak nak beratur panjang di tempat kambing ni hahahaha..Maklum kambing kan ramai orang suka..


Antara sajian lauk lauk kampung yang disediakan oleh 9 Kedondong..Bahagian lauk lauk ni sebelah jer dengan kawasan kambing bakar tadi tu..Saper rindu rindu nak makan lauk lauk kampung tu meh lah datang sini dan cuba..Antara favourite kak fink daging masak lemak cili api dan sambal telur puyuh tu..Sedapppppppppppp...Daging tu lembut ok..



Adoi dah lama tak makan telur puyuh, sekali nampak terus cedok letak dalam pinggan huhuhu.. Kembar pun suka telur puyuh ni..Senang nak suap pun kan sebab kecik kecik jer..Untuk bahagian lauk lauk ni memang kak fink suka semuanya..Cuma larat dengan tak larat jer lah korang nak amik dan makan bila dah banyak banyak tu kan..


Masak asam pedas ikan pari pun sedap..Ikan pari ni dia potong kecik kecik..Aloh semua lauk favourite kita ada dekat sini wak..Tu belum lagi kak fink share bahagian ulam ulam hahahaha..Memang menepati lah lauh lauk kampung yang kak fink cari untuk buffet ramadhan ni..Korang cuba nanti ok..


Yang suka siput sedut tu boleh lah datang dan rasa...Aku tengok kemain sorang sorang bawa mangkuk kecik isi siput sedut tu hahahaha..Bukan selalu boleh jumpa siput sedut ni kan..Nak masak pun tak rajin..Eh tu aku lah tu..Tak gigih nak potong satu satu hujung siput tu..Agak agak yang teringin nak makan tu, cari jer dekat 9 Kedondong..




Ni haaa segala ulam ulaman pun ada di sini..Siap ada sambal belacan, cencalok dan budu lagi dekat area sini..Kerabu kerabu pun ada juga kalau korang suka..Pendek citer saper yang cari menu menu kampung..cari dekat bahagian ni..Betul betul sebelah jer dengan area kambing bakar tu ok..Tapi kena cepat lah, sebab hot spot kan area sini..



Ada juga aneka rojak buah..Bila nak, baru makcik tu buat..Fresh fresh gitu..Dekat situ juga makcik tu gaulkan segala bahan bahan rojak buah ni..Bukan dia buat banyak banyak pastu korang amik tau..Korang nak baru akan digaulkan semua bahan bahan tadi..


Cekodok dan pisang goreng ni pun panas panas diaorang hidangkan..Ada juga tauhu sumbat disediakan..Kembar makan cekodok pisang tu habis sepinggan..Amboi sedap sangat ke hahaha..Tapi cekodok dia tu memang lembut..Mungkin sebab tu kembar suka..Setengah cekodok kan keras kan sebab banyak tepung dari pisang..Yang ni tak, sedang elok jer rasa dia..


Yang rasa tak nak makan nasi tu boleh lah cuba makan Bihun sup dan Sup daging nak buat hirup hirup kan...Kak fink hari tu dah tak larat nak makan sebab dah terfokus dekat lauk lauk kampung tadi hahahaha..Sampai dah terkenyang kenyang tak boleh nak makan dah korang..


ABC dia sedap..Ni aku cuba! Gigih beratur sebab dekat tempat ABC ni pun ramai orang nak beratur..Tak manis sangat..Tak tawar sangat..Banyak bahan pun dalam tu..Dia buat dalam bekas kecik kecik jer..So senang la korang makan mesti terus habis punya..Kalau bekas besar nanti tak habis pula kan..


Air sejuk dan air panas juga disediakan..Ada dua bahagian air ni..Satu belah hujung sana dan satu lagi sebelah nasi dan lauk pauk tadi..So tak de lah korang berebut rebut nak ambil air untuk berbuka kan..Kak fink ambil air dekat dengan lauk lauk tu jer sebab dah alang alang amik nasi, amik terus air..Tak payah susah susah nak beratur tempat lain..


Saper suka makan bubur durian angkat tangan hahahahahaha..Mula mula kan tak tahu pun tu bubur durian sampai lah ada yang satu meja dengan kiteorang ambil bubur tu baru perasan ada durian uolsss...Selalunya bahagian ni jadi bahagian yang terakhir yang kita nak makan kan sebab mula mula tu mesti semua makan yang berat berat sikit..Dah solat..Dah bertenang baru boleh maniskan mulut dengan bubur yang lemak itu..Kena cuba bubur dia ok..


Kak fink terpaling suka tempat solat yang disediakan oleh pihak 9 Kedondong sebab Ya Allah besarrrrrrrrrrrrrrnya ruang solat..Kalau korang nak berjemaah pun memang lepas lah bila dah ramai ramai berbuka dekat situ..Siap ada terawikh ya..Cuma untuk wanita, kak fink sarankan bawa telekung sendiri sebab bila dah ramai ramai tu takut tak cukup je telekungnya..


9 Kedondong
Alamat: No.9 Jalan Kedondong off Jalan Ampang Hilir, KL
Telefon: 017-225 0705 (Haziq)
Waze: 9 Kedondong

Instagram: @9kedondong

Harga Buffet Dewasa: RM55.00
Harga Buffet Kanak Kanak: RM28.00

selamat mencuba buffet ramadhan di 9 Kedondong korang!




Viewing all articles
Browse latest Browse all 883