Quantcast
Channel: Pinky Momma
Viewing all articles
Browse latest Browse all 883

* pusara putih buat bonda..

$
0
0

masuk 5 bulan arwah mak pergi meninggalkan kemanjaannya..kesegala macamnya..
dan sampai hari ni, aku masih ingat ayat akhir saat aku tido sekatil dengan mak..
ayong kena mengaji untuk mak hari hari..kena doa bagi mak sihat..beriya iya dia ulang
dan beriya iya dia nak tidur sekatil dengan aku..itu yang aku tak mampu nak tahan
alhamdulillah..permintaan terakhir mak aku dapat tunaikan..saat saat akhir yang indah..

pause..

hanya mak jugaklah orang yang paling percaya aku boleh berjaya dengan dobi..
orang lain? aku hanya mampu dengar kritikan dan kata kata yang bagi aku down lagi..
tapi bila tahun ni april menjelang..aku nak cerita dengan mak..mak tengoklah mak
dah setahun Pinky Momma Laundry beroperasi..aku rasa terlalu bersyukur sangat..
berkat doa mak dulu..berkat kepercayaan mak pada ayong..alhamdulillah..
kami mampu start satu bisnes yang dari zero dan makin dikenali sekarang ni..

saat mula aku tahu aku ngandung..orang pertama yang akan aku bagitahu selalunye
mesti arwah mak..walau dari mula aku cuba nak tahan mulut aku nak suprisekan
tahu tahu perot dah besar jer..tapi dengan mak, aku tak boleh tahan..mesti bagitahu
tapi kali ni..aku rasa, aku tak dapat luahkan teruja aku pada dia..hanya pada suami

sebab aku rasa aku dengan mak memang tak de rahsia..dari zaman aku kecik lagi
hingga zaman aku ada boipren..sampai saat aku nak kawan dengan encit papa
semuanyer aku bagitahu mak..dan dialah penyokong menantu paling hebat
kalau aku ada konflik dengan suami..sila jangan cerita dengan mak..nanti sakit hati
sebab dia tak kan back up korang sebagai anak huhu..dialog mak macam biasa..
yong..kita isteri ni kena beralah..tengok macam mak dengan ayah..bla bla bla..

tapi sekarang ni kalau ko gaduh lah ngan laki..sila pendam dalam hati uhuks..
tak de saper nak dengar..nak citer dengan anak..aihh tak sesuai okeh..bawah umur!
walau kadang aku tahu aku tak mampu jadi anak yang baik dan sentiasa ada..
tapi kasih sayang aku pada mak tak siapa boleh halang..walau ada yang menghalang..

saat saat terakhir mak di dunia..aku selalu cakap dengan dia..asal ada waktu bersama
mak..mak percaya  dengan ayong kan..ayong sentiasa doa untuk mak..sentiasa..
tak pernah sekali pun ayong lupakan mak..ayong tak mampu dari segi wang
tapi ayong yakin Allah dengar kata kata ayong..mak kena tahu ayong sayang mak..

sebab tu setiap hari rabu bila aku ke pusara mak..setiap kali air mata aku jatuh
walau aku cuba tahan untuk jadi biasa..tapi aku tak kuat..banyak benda aku nak citer
banyak benda aku nak kongsi kegembiraan aku dengan mak..tapi tak mungkin..
setiap kali aku doa..bila aku terlalu rindu..aku harap Allah izinkan aku jumpa mak..


setakat ni, dah 3 kali aku mimpi jumpa arwah mak..aku tak pasti itu hanya mainan
atau memang dengan izin Allah..aku dapat jumpa dengan mak walau beberapa saat
setiap kali aku jumpa mak dalam mimpi..mesti mak yang cakap..aku tak berpeluang
first..dia datang dan cakap..janganlah gaduh gaduh..mak dah tak de pun nak gaduh..
second..dia hanya senyum..tapi bila aku start nak panggil mak..mak terus hilang
dan third..mak datang peluk aku sambil cakap..dahlah tak mau lembik lembik :'(

aku rindu sangat..sungguh aku rindu..biarlah orang nak cakap apa pun..
tapi aku tak nak kalah dengan kata kata negatif orang..aku tetap di sini..dan berdoa
 moga hati aku sentiasa bertaut dengan kasih sayang Allah pada keluarga kecik kami
semoga mak dipermudahkan di alam barzakh..dan Allah tempatkan mak di jannahNya..

kini pusara mak dah bernisan..putih bersih setenang pemergianmu mak..
di sinilah tempat aku 'dating' setiap rabu membawa bersama suami dan anak anak..
Al fatihah buat bonda tersayang dunia akhirat hati kecik ini..
Puan Sh. Salmah Sy. Mahmod (1954 - 2012)

mak..terima kasih untuk doa doa mak..terima kasih untuk kekuatan yang mak bagi..





Viewing all articles
Browse latest Browse all 883