14 july hari tu...berlima lagi kami ke hospital ampang untuk follow up check up kembar
serius aku berdebar debar nak jumpa doktor..sebab check up kali ni boleh tahu result
sama ada buah pinggang kembar ok atau tak ok..tak tenang tunggu giliran kena panggil
dalam hati berdoa..minta kan tak de apa ala dengan anak anak sebab diaorang kecik lagi
alhamdulillah check up time bulan puasa tak seramai hari biasa..tenang sikit
kalau tak..bukan main ramai dekat paed tu..bila nombor kena panggil..1st aku tanya
camner keputusan MCUG anak saya doktor...hati mak mana yang tak sabar kan
tetiba doktor senyum jer..ok kejap ya puan..saya check twins satu lagi..hukhuk saspen
bila dua dua rekod dah dibuka dan doktor terus cakap..alhamdulillah baby you normal
based on result ni..tak de apa yang perlu dirisaukan sebab buah pinggang baby ok
ya Allah...aku rasa macam satu batu yang besar atas badan ko jatuh gedebuk debuk
leganyer...terima kasih ya Allah...anak puan sihat..tak sabar nak call suami untuk inform
dan doktor ada cakap disebabkan MCUG dia ok..so tak perlu untuk proceed DMSA
tapi since dah dapat date dengan HKL ogos ni untuk proceed DMSA..kena pergi juga
siap panggil doktor pakar untuk buat keputusan nak teruskan DMSA ke tak masa tu
lepas bincang bincang..doktor pakar decide untuk aku pergi bawa twins juga..
dia cakap DMSA ni lagi details puan..at least kita pergi jer..untuk to be confirm lagi
walaupun result dia ok tapi puan pergi yang ni untuk kita betul betul confirm lagi
ok la..kalau itu yang terbaik aku akan ke HKL lagi bawa kembar untuk buat DMSA
harap semuanya ok...lepas ni kalau ok..tak perlu nak berulang alik ke hospital lagi
ramai juga mommies yang email dan inbox pasal kes buah pinggang kembar ni..
tapi serius aku tak pandai nak bagi advise atau share apa apa yang ok untuk baby korang
sebab takut nanti tersalah info lagi merbahaya kan hukhukhuk..korang refer paed doctor
cuma bagi pihak aku..bila dah tahu anak ada buah pinggang..makan dia ko kena jaga
jangan sembarangan bagi makan walau anak kita fizikal nampak macam ok..
lain dari tu..berdoa..berdoa..berdoa dan berdoa jangan berhenti..miracle boleh terjadi
doa ibu ni istimewa sikit..plus diri sendiri sentiasa kena positif..set mind semuanya ok
sebab apa yang kita rasa..tu semua doa..sedih simpan dulu..jadi fighter ok mommies..
